Sunday, March 9, 2008

Darah perlu lancar

PENCAPAIAN ereksi atau ketegangan alat kelamin lelaki ialah hasil tindak balas rangsangan syahwat lelaki. Ia penting kepada lelaki dan jika ereksi tidak berlaku, lelaki itu akan menganggap dirinya hilang sifat ‘kejantanan’!


Kekuatan ereksi dipengaruhi kelancaran dan kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar, sekali gus membuatkan otot berkenaan berkembang dan padat. Selagi darah itu kekal di dalam otot berkenaan, zakar akan terus tegang.


Bagaimanapun, jika darah yang berkumpul itu keluar, ereksi menjadi kurang dan zakar kendur. Ketika ini, ia tidak dapat disalurkan ke dalam faraj.

Selain itu, otot lantai pelvis yang dikenali sebagai otot kemut memainkan fungsi sokongan. Jika otot ini dicengkam atau dikemut, ia membuatkan zakar yang ereksi itu tegang lagi padat.

Ramai lelaki tidak melakukan kemutan ketika hendak menyalurkan ereksi ke dalam faraj. Biasanya kemutan itu berlaku secara spontan, tetapi adakalanya proses kemutan tidak spontan atau lemah, sekali gus menjejaskan ereksi.

Masalah menjadi lebih besar apabila pasangan wanita tidak tahu fungsinya dan mengemut secara spontan, menyebabkan hubungan seks penetratif sukar dilakukan.

Bagi lelaki yang mempunyai ereksi tidak kekal, dia perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan, sama ada mengalami DE atau ‘Disfungsi Erektil’.

Jika pemeriksaan doktor mendapati lelaki itu tidak tahu mengenai kemut, dia akan diberi bimbingan teknik untuk memantapkan kualiti ereksi melalui senaman kemut atau senaman ‘Kegel’ bagi lelaki.

Lelaki berkenaan juga akan diberi ‘tips’ kesihatan lelaki dengan keutamaan ialah mengamalkan gaya hidup sihat, elak merokok dan minuman beralkohol, selain menjalani senaman berkala.

Doktor juga akan mengesyorkan makanan tambahan herba seperti ekstrak larut dalam air Tongkat Ali atau Enhance-X, yang mana kedua-dua dijual di farmasi.

Jika masalahnya kronik, bantuan lebih berkesan seperti rawatan DE akan diberi kepadanya, yang mana sebahagian daripada pendekatan rawatan untuk DE ialah pengambilan ubat PDE-5 Inhibitor saperti Viagra, Cialis atau Levitra.

Selain itu, ada alat pam vakum piawaian perubatan, suntikan ubat pengembang otot zakar untuk melancarkan sekali gus lebih banyak darah masuk ke dalam otot zakar serta pelbagai rawatan moden lain.

Jangan mendiamkan diri. Jika ada masalah ereksi, berjumpa segera dengan doktor dan bukan bomoh, dukun atau tukang urut.

No comments: