Sunday, March 9, 2008

Amalan subur

Perkara yang paling utama mengenai kesuburan lelaki ialah mempunyai sepasang buah zakar yang normal daripada segi bentuk, saiz dan kedudukan.

Jika buah zakar hanya ada satu, tentu kemampuan kesuburan menurun. Jika kedua-dua buah zakar tiada, kemungkinan besar lelaki itu mandul.

Bagaimanapun, ia perlu mendapat kepastian dengan menjalani ujian air mani. Jika saiz buah zakar kurang dari 10ml mengikut alat pengukur buah zakar ‘Praders Orkidometer’, itu petanda mandul. Namun, seseorang itu perlu menjalani ujian air mani sebelum pengesahan dapat dibuat.

Jadi dalam keadaan demikian, makan apa pun tidak akan berhasil untuk meningkat atau menjadikan sperma lebih berkualiti.

Sama juga dengan keadaan yang boleh mengganggu kesihatan fungsi buah zakar seperti merokok, minum minuman keras, dedah kepada panas seperti ‘sauna’ atau rendam dalam air panas, pakaian dalam yang ketat, obesiti atau kegemukan yang ketara.

Semua ini juga memberi tekanan kepada fungsi kilang sperma dan masalah kesuburan.

Buah zakar yang sihat mampu menghasilkan 70 ribu sperma seminit atau 200-300 juta sperma dalam 24 jam. Makanan hanya untuk tenaga dan kekuatan badan dan tiada makanan tambahan yang boleh menambah sperma.

Jika ada masalah kekurangan sperma dan hormon kesuburan FSH normal, keadaan kurang sperma itu dapat diatasi dengan beberapa supplement herba seperti Ekstrak Tribulus (Tribestan) atau Ekstrak Tongkat Ali (Nu-Prep) untuk sebilangan lelaki.

Yang mustahak ialah lelaki dan pasangannya berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan kesuburan untuk kepastian masalah kesuburan sebenar.

1 comment:

nuprep said...

saya pengedar nu-prep yang sah ingin menjemput tuan/puan menjadi sebahgian peruncit kami untuk produk edaran dalam pasaran. dengan pembelian RM180 untuk melayakkan anda menjadi peuncit kami. promosi melalui iklan di akhbar utama seluruh negara. hubungi 0136187945 untuk maklumat lanjut.